Aliran Salafy Wahabi dalang serangan terhadap Muslim Syiah Malaysia

Setelah hampir setahun lamanya penguasa agama meningkatkan serangan terhadap Syiah di Malaysia, Agensi Berita shia-online.ir sempat melaporkan sebuah temuramah bersama ustaz Kamil Zuhairi berkenaan penangkapan 200 orang pengikut Syiah pada malam Asyura tahun lalu sehingga diprotes oleh berbagai pihak termasuk tokoh-tokoh Ahlusunnah.

Salah satu pusat Syiah yang menjadi sasaran serangan penguasa agama negara ini ialah Hawzah Ilmiyah Imam Ridha (a.s) yang dipimpin oleh Ustaz Kamil Zuhairi. Menurut beliau. “Analisa terkini pencetus serangan ini menunjukkan bahawa bahawa kerajaan Malaysia sedang dipengaruhi oleh pemikiran ekstrimis, yang menyekat perkembangan Syiah. Kewujudan tangan-tangan tersembunyi, Wahabi dan tekanan Amerika telah menyebabkan kegiatan Syiah menjadi semakin terbatas”.

Di katakan bahawa kemasukan modal dari beberapa negara Arab seperti Arab Saudi menyebabkan bilangan golongan Wahabi sekarang semakin meningkat. Ramai ulama Ahlusunnah di Malaysia juga tidak reda dengan perkara ini. Namun mereka yang inginkan kegiatan Syiah disekat hanyalah berhasrat menimbulkan konflik di dalam Malaysia seperti negara Iraq dan Pakistan.

Pada malam ke-sembilan Muharam pada tahun lalu, pengikut Syiah di Hawzah Ilmiyah Imam Ridha (a.s) dikatakan tidak mendapat izin daripada pihak penguasa agama tempatan untuk melangsungkan majlis keagamaan yang membawa kepada penangkapan 200 orang pengikut Syiah.

Menurut statistik yang dijalankan secara individu, negara Malaysia mempunyai lima puluh ribu pengikut Syiah Imamiyah atau Mazhab Jaafari. Malangnya mereka ini tidak dibenarkan membina masjid sendiri untuk menganjurkan solat Jumaat, solat berjemaah serta majlis-majlis keagamaan sedangkan penganut agama Budha di seluruh negara mendapat hak untuk beragama.(ABNA.co)

4 Responses to Aliran Salafy Wahabi dalang serangan terhadap Muslim Syiah Malaysia

  1. Anonim mengatakan:

    Syiah dan taqiyah…spt isi dan kuku

    • behna mengatakan:

      memangnya Anda paham apa itu taqiyah? paling2 nganggap kayak munafiq khan? Ah……lagu lama

  2. jakapanji mengatakan:

    di mana mana wahaboy selalu berbuat kerusakan mengatasnamakan pemurnian sunnah..
    dasar wahabrot…

Tinggalkan Komentar

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s